Monday, 13 June 2011

Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati?


Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.
Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?
Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.
Jodoh?
 Masih tidak yakin dengan janji Allah.?
Di dalam kuliah, seorang ustaz menerangkan bahawa qada'  bermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang telah ditetapkan sejak azali . qada' terbahagi kepada dua iaituqada' muallaf iaitu yang akan berubah manakala qada' mubra adalah perkara yang telah ditetapkan sejak azali yang merangkumi jodoh, ajal, rezeki dan beberapa perkara lagi.
Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?
Lihatlah.
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya

Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
 Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.
Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!

Jangan terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf  dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.
Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.
alt
Lihatlah cinta yang sebenar ini!
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."

Tuesday, 3 May 2011

Bila Air Mata Berbicara


.... dan mata pun terbuka. Lantaran bunyi alarm dari telefon bimbit dengan kalimah Lailahaillallah.
Alhamdulillah. Masih punya umur yang panjang. Bingkas bangkit. Kekasih telah lama menanti.
Usai Subuh yang singkat, ku duduk di atas sejadah usang, sejadah peninggalan arwah. Hanya itu saja yang tinggal.
Tatkala bibir melafaz taubat, istighfar yang panjang..
Air mata: Kau benar menyesal?
Aku: Ya. Aku menyesal.
Air mata: Apa yang kau kesalkan?
Aku: Banyak. Begitu banyak yang patut aku kesalkan. Kealpaan. Kesombongan. Kelekaan. Ah, begitu banyak untuk aku senaraikan satu persatu.
Air mata: Maka, mengapa tidak kau titiskan aku? Sudah lama kau tidak menangis, bukan?
Aku: Ya. (Perlahan. Dada menahan sebak.)
Air mata: Kau tak mahu menangis?
Aku: Bukan. Bukan aku tak mahu.
Air mata: Jadi? Apa kau tunggu lagi? Aku sudah lama tersimpan. Aku sudah lama menanti. Mengapa tiada setitis pun yang keluar? Atau kau hanya pura-pura kesal?
Aku: Tidak! Aku bukan berpura-pura. Sungguh, aku manusia yang banyak dosa. Aku tahu.
Air mata: Nah. Buktikan.
Aku: ... (Termenung) Aku... aku tak mampu. Kesedihan itu tidak menyelubungiku. Ia sudah hilang.
Air mata: Oh, alangkah ruginya. Kau tahu bukan, andai setitis aku mengalir di pipi itu mahupun basah hanya sehelai bulu mata mu, dosa mu terhapus. (1)
Aku: (Terus tertunduk malu. Apakah yang menghantui aku? Tangisan. Aku sudah tak mampu.)
Air mata: (terus menyambung bicara..) Apakah kau sudah sombong?? Kau sudah senang. Kau tidak lagi dibelenggu kesempitan. Kau kacang lupakan kulit??
Aku: Tidak!! Bukan!! (Meronta, menafi)
Air mata: Biarkanlah aku mengalir.
"Tangisilah dosamu sepanjang masa dengan bersungguh-sungguh, sesungguhnya tangisan meringankan kesedihan.
Jangan engkau lupa dosamu dalam kitab dan besarnya, sesungguhnya dosa-dosa meliputi manusia"
Air mata: Ah! Aku kecewa. Aku tahu kau telah lupa. Kau merasa nikmat dan bahagia?? Kau merasa sombong!! Kau sangka kau tidak berdosa!! Hati kau keras!! Ego!!
"Sesiapa yang takutkan Allah s.w.t maka perbanyakkanlah air mata dalam khalwat.
Semoga ianya setelah ingatan dan tangisan, air mata ditukarkan dengan kebaikan." (3)
Air mata: Sudahlah. Kau menangis cuma bila kau kecewa. Kau menangis cuma bila kau buntu.Kau menangis cuma bila kau merasa tak punya apa-apa. Kau lupa Sang Pencipta!!
Aku: bukan...(perlahan. Bibir terkunci. Hati sayu. Mahu lari.) Mengapakah ia tak mahu mengalir? Itu aku tak punya jawapan. Aku tak tahu! Sunguh, aku tak tahu!
Air mata: Ah, aku benar-benar kecewa. Jangan kau beri alasan. Manusia memang begitu.
"Aku mahukan air mataku sebagai lautan yang menumpahkan air, dari mataku atas apa yang telah luput dari zamanku.
Sebagai penyesalan daripadaku bagi kelemahan atas ketakutan, yang tidak diperolehi kesedihan melainkan belenggu ketakutan.
Demi Allah sekiranya sah tetapnya kesedihan, tidaklah aku mendapati melainkan tidur dalam kesedihan.
Alangkah baiknya mataku pada seluruh anggota, menangis atasku dengan mata yang tidak mengantuk." (4)
Matahari mula menampakkan muka. Hari sudah terang. Aku bangkit meninggalkan sejadah usang, tanpa air mata. Kesal.
Rujukan:
1 : Hadith;
i) Rasulullah S.A.W. bersabda: "Tidak akan masuk ke dalam api neraka seseorang yang menangis karena takut kepada Allah hingga air susu ibu (yang sudah diminum oleh anaknya) kembali ke tempat asalnya." - [HR.At-Tirmidzi]
ii) Rasulullah S.A.W. bersabda : "Barangsiapa yang mengingat Allah kemudian dia menangis sehingga air matanya mengalir jatuh ke bumi niscaya dia tidak akan diazab pada hari kiamat kelak." - [HR. Al-Hakim dan dia berkata sanadnya shahih]
Kisah Hamba Allah dan Bulu Mata di Akhirat

Monday, 25 April 2011

Siapakah Inspirasimu?


Kasih kaulah inspirasiku
Bila sendirian fikiranku buntu
Mengingati dirimu
Dikau tiada lagi di sisiku
Hatiku sayu bertambah pilu
Kasih kau inspirasiku
Kau mengajarku erti kehidupan ini
Takkan ku lupakan nasihatmu
Kerna ianya berguna untukku

Seringkali aku berdoa pada-Nya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar
Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya
Seringkali aku berdoa pada-Nya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar
Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepadaNya, o ho…
Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya
Walau dirimu tiada lagi
Tapi hatiku tetap kepadamu
Kenangan bersamamu subur mewangi
Takkan luput dari ingatanku
Takkan luput dari ingatanku…